Friday, October 16, 2009

Computer Generations

First-Generation Computing
-Developedin the early 1950s
-Involved massive computers using hundreds or thousand of vacuum tubes for their processing and memory circuity

Second-Generation Computing
-Developed during the late 1960s
-Used transistors and other solid-state, semiconducter devices that were wired to circuit boards in the computer.

Third-Generation Computing
-Developed in 1970s
-Used intergrated circuits in which thousand of transistors and other circuit elements are etched on tiny chip of silicon

Fourth-Generation Computing
-The computer technology of the 1980s and 1990s
-Relies on the use of LSI (Large Scale Intergration) and VLSI (Very Large Scale Intergration) technology that cram hundreds of thousands or millions of transistors and other cicuit elements on each chip

Fifth-Generation Computing
-21st century computing
-Continuous changing in computer technology hardware, software, data, and networking

Thursday, October 15, 2009

Pelupa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal..akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Kita

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.
4. Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak cantik.
5. Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut.

Tapi…

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah!
kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk
ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakannya
mempunyai hikmah yang tersendiri.


KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI.

Citer Bush

Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...

"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."
"Well", kata Bush...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"

Wednesday, October 14, 2009

Ibu Dan Kita





Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain.
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah.
kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: Tak nak! Tak nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.
Cara kita mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim.
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah.
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana saja.
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah.
kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama.
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman.
kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta.
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting.
kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA.
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama.
kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa.
kita kata, itu bukan urusan ibu.

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya
kita kata, Saya tak mahu jadi seperti ibu.

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuuuu!

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan.
kita menjeling dan merungut, Ibuuuuu, tooooolonglahhh

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkawinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai panjagaan bayi.
kita dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung.
kita berkata, Kami sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.


JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU

Jenis-Jenis Hantu

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…… . Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak … Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer, komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM.. shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!! hehehe…

Tuesday, October 13, 2009

My Horoscope



``~APRIL``~



~``Sangat Aktif Dan Dinamik``~

~``Cepat Bertindak Buat Keputusan Tetapi Cepat Menyesal``~

~``Sangat Menarik Dan Pandai Manjakan Diri``~

~``Punya Daya Mental Yang Sangat Kuat``~

~``Suka Diberi Perhatian``~

~``Sangat Diplomatik (Pandai Memujuk )``~

~``Berkawan Dan Pandai Menyelesaikan Masalah Orang``~

~``Sangat Berani Dan Tiada Perasaan Takut``~

~``Suka Adventure, Pengasih, Penyayang, Sopan-Santun Dan Pemurah``~

~``Emosi Ccepat Terusik``~

~``Kecenderungan Bersifat Dendam``~

~``Agresif, Kelam-Kabut Untuk Membuat Keputusan``~

~``Kuat Daya Ingatan``~

~``Gerak Hati Yang Sangat Kuat``~

~``Pandai Mendorong Diri Sendiri Dan Memotivasikan Orang Lain``~

~``Sangat Cemburu Dan Terlalu Cemburu``~